Followers

Pages

Tuesday, November 10, 2009

Rev : Ujian Psikologi & Sejarahnya

assalammualaikum wbt...

ni sekadar revisiOn.. kalau nak ikut baca, alhamdulillah.. sama-samalah kita menambah ilmu ye...

INTRODUCTION

di bawah tajuk ujian psikologi & sejarahnya...

sebelOm2 nie.. kita tau sebut je ujian upsr lahhh pmr lahhh spm lahhh final exam lahhh.. tau apa benda ujian tuh??? tu la tau sebut je..

ujian kalau diikutkan adalah alat pengukur... ukur apa??? huhuhuhu.. ukur kebOlehan, keupayaan, kecenderungan, pOtensi dll.. malas nak sebut.. dari situ je kOrang leyh paham kan..

ujian jugak kalau kOrang nak tau, bOleh digunakan utk mengukur tingkah laku manusia atau dalam bahasa kelantannya, character... tapi character plak dibahagi kepada dua kategOri..

i) character yang bOleh diperhati secara langsung
cth: berjalan, mengaji, makan, minum, membaca, bercakap dll yg sewaktu dgnnya


ii) character yang terpendam dan tidak bOleh diperhati scr langsung
cth : pemikiran, perasaan, nilai, sikap dlman dan byk lagi.. malas nak tulih..

sO, utk mengukur character nieh, kena bahagi plak kepada 3 bahagian;

i) character yang telah berlaku
ii) character yang sedang berlaku
iii) character yang akan berlaku, yg ni lebih kurang macam ramalan lah..


PENTAKRIFAN UJIAN

kalau ikutkan apa yang di tafsirkan Oleh Robert J Gregory (1992), ujian mesti mempunyai 5 ciri2 berikut:

1. menggunakan tata cara piawai
amende piawai2 niehhh??? huhuhu.. Org yg sawan je tau amende piawai nieh.. sO, mcm mana kita nak tahu yg ujian tu bOleh dianggap sebagai piawai?? Ok, kalau si pengkaji yg nak wat ujian tu dengan cara dia nak tadbirkan ujian tu bersifat seragam.. haaaa bukan senang kan.. babtu Org yg nak wat ujian nie, kena la g sekOlah dulu belajar tinggi2.. sampai cucuh atap huhuhu.. Org ni kena la ada latihan dulu dengan berkemahiran tinggi utk mentadbir ujian.
kalau hasil ujian tu bagus, sO dia akan mempunyai manual Operasi... haaaaaa amenda lak tuuu.. huhuhu manual nieh dlm dia ada menerangkan dengan jelas bagaimana tata cara pentadbiran ujian tu dibuat, sistem pemarkahan, cara mentafsir markah, keputusan dari ujian tuh, senarai penyelidikan dan penggunaan ujian yg berkenaan dengan psikOmetrik ujian..

2. sampel tingkah laku
untuk pengetahuan kOrang, tak de sapa pun yg dpt digambarkan dirinya secara keseluruhan walaupun dah diuji dengan prOses ujian yg kOmprehensif dgn definasi lengkap kat apa yg ingin diukur. that's y, hanya sampel tingkah laku yg diminati utk diukur je yg mampu diukur.. dengan benda nieh, Org yg nak kaji tuh bOleh la wat inferen dOmain tingkah laku..
aku bagi cOntOh lah kayh.. cam nie, katakan seOrang pengkaji tu nak ukur kebOlehan perbendaharaan kata budak umOr 10 thn.. sO, dah tentu sampel yang pengkaji tu pakai, limited, tak banyak la kalau nak bandingkan perbendaharaan kata Oleh budak tu sendiri. nama pun sampel kan..
tapi, dari keputusan ujian yang di buat Oleh pengkaji tuh, dari situ je dia dah bOleh tau dan menganggar camne prestasi dan keupayaan budak tu dlm gagasan perbendaharaan kata-kata.

3. markah, skOr dan kategOri
Ok, skOr ni lah yg akan membuktikan seseOrang itu tergOlOng dlm kategOri apa. dlm byk keadaan setiap manusia, kita akan menunjukkan tret atau ciri yg terdapat dlm diri kita. ahli-ahli psikOmetrik memberi andaian bahawa dengan ujian, ia mampu mengukur perbezaan tret-tret atau ciri-ciri setiap individu.

cOntohnya.. Si A dapat 70 markah dlm matematik. Si B adalah seOrang kanak-kanak yang selalu membuat kesalahan dalam setiap tingkah lakunya. Si C merupakan kanak-kanak perempuan yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.

Dengan ujian, kit bOleh menganggar sebanyak mana tret dan ciri dapat ditunjukkan Oleh individu yg diukur. tapi, anggaran tak bleh salah.. musti tepat tak de ralat..

4. norma dan piawaian
katakan si pengkaji mengambil 2 subjek atau 2 Org utk di ukur, lepas dapat keputusan, sO dia mesti lah nak bandingkan dua Org nie kan.. sO si pengkaji nie kenalah sediakan satu nOrma. haaa apa benda lak tuuu.. hehe.. ringkasan keputusan ujian atau markah yg diperOlehi daripada kump besar dan mewakili kumpluan subjek yg diukur. kumpulan nOrma ni dinamakan sebagai sampel piawai mcm yg di bgtau tadi lah...

nOrma jugak melibatkan taburan kekerapan daripada markah paling rendah sekali sampai lah ke markah yg paling tinggi sekali.. sO, utk meramal tingkah laku yg belOm diukur lagi, berpandukan dengan nOrma tadi lah sebab ianya ada menunjukkan utk menentukan darjah sisihan markah yg diperOlehi dengan darjah jangkaan.. sure kOrang tak pasti amenda yg aku type nie kan.. aku pun dah start kOnpius sebenarnya huhuhu..

5. ramalan tingkah laku
dengan nOrma rujukan yg dibina tadi kan.. ia mampu utk memberikan maklumat lengkap tentang tingkah laku yg diukur. sO, dari sini dapat lah kita lihat mcmana sesuatu ujian tu mampu utk meramal tingkah laku yg belOm dibuat ujian lagi.. aik, dengan apa dia dapat ramal ye?? hehe dengan bukti kesahan ujian yang dah dikaji.


SEJARAH

kalau kOrang nak tau ujian psikOlOgi ni dah wujud sejak 100 lebih thn yg dahulu.. 100 thn dulu dOrang ukur apa sebenarnya.. huhu dOrang dulu lagi dah reti nak ukur sensOri, kemahiran mOtOr dan reaksi kpd masa..

Org yg pertama reka ujian tu namanya Francis GaltOn (1822-1911), dulu dia nak ukur sensOri dan kemahiran mOtOr.. bukan mOtOrkar atau mOtOrsikal atau mOtOrbOt.. jangan nak wat kelakar, subject aku tak de kena mengena ngan natam2 tuh.. huhu.. sensOri mOtOr larrhhh.. dlm diri kita nie ha.. kalu tak paham p lah gOOgle nun haaa...

kata si GaltOn ngan kawan seperjuangannya, James McKeen Cattle (1860-1944), psikOlOgi takkan dpt menghasilkan sstu yg tepat dn meyakinkan kalau tak de ujian ke eksperimen nieh.. betOl la apa depa cakap tu.. jangan harap dpt result yg tepat macam sains tulin kan.. sains sOsial apatah lagi.. manusia kan mcm2 ragam.. yer lahh.. O ye, dOrang ni asal US.. lupa nak bgtau huhuhu..


PSIKOLOGI EKSPERIMEN DAN UJIAN

yg ni masih dibawah tajuk sejarah jugak.. akhir thn 1800an, eksperimen ni jadi pOpular.. time nie Org dah diuji dlm makmal.. penyelidik pun dah guna tata cara Objektif sO that dia punya uji kaji dapt diuji berulang ulang kali.. peneraju2 metOd saintifik nie ialan Wilhelm Wundt (1832-1920), Galton dan Cattell tadi tu lah, Thorndike, Clark Wissler, Wordworth, Strong dan ramai lagi.. ayyyy budak2 psikOlOgi kalau tak tau nama2 ni aku tak tau lah.. mungkin kOrang salah kelas kOt huhuhuhu...

Org pertama yg menggunakan makmal leipzig ialah Wundt, German.. masa tu dia dOk sebOk wat ujian prOses mental.. Galton kata, sebenarnya ada banyak tret manusia yg bOleh diukur...

Cattell plak keja dia mengukur reaksi masa atau reactiOn time (RT), rangsangan penglihatan dan pendengaran.. dia ada bagi cadangan yang ujikaji thdp individu ni kena la wat secara sistematik.. sO Galton pun wat lah makmal psikOmetrik kat lOndOn.. Cattell pun mencipta kOnsep terimnOlOgi ujian mental dlm penulisannya mental tests and measurements.. dlm penulisannya tu, dia ada jelaskan 10 ujian mental utk kegunaan awam.

Wissler plak byk menyumbang dlm sejarah psikOlOgi dengan membuat ujikaji pengukuran mental kat budak2 universiti Columbia dan kOlej Barnard..


UJIAN UJIKAJI DI CHINA

uhuhuhu.. kalau ikutkan sejarah, di China lagi hebat.. Omputih dOk wat ujikaji awal abd ke 20.. Org cina lagi terer.. dOrang dah wat 2200 sebelum Masihi di China.. time tu, maharaja slalu bagi test kat pegawai2 bertugas 3 kali setahun, dia nak check Ok tak pegawai tu dlm keja dia, sesuwei tak kalO di sambOng lagi kOntraknya huhuhu... pastu, ujian tu diubahsuai beradab-abad lamanya sampaila wujud satu ujian bertulis pada era Dinasti Han sebelum abd 200 sebelum masihi sampai abd 200 selepas masihi.

apa yang dOrang ujiankan?? haa.. kalau nak tau, undang-undang sivil, perkhimatan ketenteraan, pertanian, hasil dalam negeri, geografi... huhuhu sib baik tak de ujian khb ke, ilmu hisab ke kan.. huhuhu kalau aku nak citer detail camne dOrg sit exam nie, kalau kena kat kita la sekarang nie, mampus ramai tak graduate kan huhuhuhu... susah wO....

ada jugak yg cakap, mcm si Kaplan dan Sacuizzo (1997), kemungkinan besar ujian2 yg barat buat tu kan sebenarnya terinspirasi dari ujian2 yg ada di China tu larhh..


PERKEMBANGAN AWAL UJIAN PSIKOLOGI

dari China ke barat cerita pasal ujian ni kan, Alfred Binet (1857-1911) pula memperkenalkan ujian kecerdasan di Eropah pd thn 1905, kemudian diimpOrt ke US Oleh Goddard. ujian Binet digunakan secara meluas di Paris pastu kOnsep kerencatan mental ni jadi famOus. Ada pulak ahli fizik di Perancis membezakan di antara kerencatan mental dengan penyakit mental.. tak sama ye dua benda nie..

Binet dengan kawannya Theodore kiranya nak wat keputusan yg lagi tepat sO dOrg wat ujian baru namanya ialah Skala Binet-Simon yg mengandungi 30 ujian yg digunakan utk mengukur sensOri cutterly, ukuran pertuturan abstraks yg kOmpleks...

1916, Lewis Terman dengan kawan2nya di University Stamford, US, repair balik ujian2 Binet nieh... sO jadila ia ujian kecerdasan yg terkenal dengan nama Stanford Binet Intelligence Test.. berkOnsepkan IQ;



IQ = Usia Mental (MA)
---------------------- x 100
Usia Diri (CA)

nisbah mental age dgn chrOnOlOgical age didarabkan dengan 100 utk menghilangkan angka pecahan...

1913, Pyle menggunakan grOup test kepada student sekOlah utk mengukur ingatan lOgik sampai lah kepada hubungan atau asOsiasi bebas. tapi perkembangan test nie, lembab.. byk kelemahan..

Robert M Yerkes, Goddard & Terman buat satu ujian utk tentera US. nama ujian tu, ARmy Alpha and Beta Examination. ia mengukur 8 aspek daripada arah lisan sampailah kepada infOrmasi.. masyarakat awam pun ada gak guna test nieh..

-Skala Wechlesr digunakan utk ujian thdp kanak2 di US.
-Ujian Scholasti Aptitude utk menguji bakat
-Graduate Record Examination & College Entrance Examination Board utk menyaring kemasukan pelajar atau calon ke kolen dan universiti di US.
-Woodworth's Personal Data Sheet utk ujian persOnaliti
dan byk lagi lahh.. tak tertulis..

sekarang ni, memang ujian atau dlm bahse tamilnya ialah test, kat mana2 pun kita jumpa.. haa aku ni ha jap lagi nak test lah kalau tak, jgn harap aku nak tulis pa pe kat blOg aku nieh...

meh la aku type skit ringkasan perkembangan ujian nieh ye.. mana la tau kOt2 ada budak yg sama amik cOurse macam aku nieh nak baca gak kan.. here gOes;

1000 sm - penggunaan ujian dlm sektor awam di cina

1850-1900 - penggunaan ujiandlm peperiksaan kakitangan sektor awam di us

1900 -1920 - pembentukan ujian keupayaan kognitif untuk kegunaan individu dan kumpulan serta perkembangan teori psikometrik.

1940 - 1960 - pembentukan ukuran minat vokasional, ukuran piawai psikopathologi

1960 - 1980 - perkembangan kepada teori respon item dan ujian neuropsikologi

1980 - sekarang - Penggunaan dan aplikasi komputer dalam ujian secara meluas


ETIKA DALAM UJIAN PSIKOLOGI