Followers

Pages

Wednesday, March 10, 2010

bye² 20s....

assalammualaikum wbt..
rupa²nya, dlm thn 2009, 2 kali je aku wat blOg aku nieh.. yer lahh pemaleh pait.. thehehe idea banyak tapi jari jemari ni malas tOl la nak menaip.. kalau chatting kemain lagi yer akekeke..
anyway, selamat thn baru 2010.. wah dah masuk bulan 3 baru aku nak wish kan.. tak per still baru gakkan akeke.. aku ni tak de la reti sangat nak menaip lam bahse asing.. reti membaca.. nak menulis tu still maleh.. iskkk ape la pemaleh tOl la..
sO, beberapa hari yg lepas, genap la umOr aku dah 30 thn..
alhamdulillahirObbil alamin.. rupa²nya dengan izin Allah, aku diberi kesempatan utk bernafas sampai la ke hari ni..
alhamdulillah, aku masih seOrang Islam (lindungilah aku daripada kesesatan ya ALLAH..).. alhamdulillah, aku masih mempunyai keluarga yang tersayang,
alhamdulillah, kami semua sihat² belaka..
alhamdulillah, kami masih mempunyai tempat tinggal..
alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk kita menambah amal ibadah kita kepadaNya.. ini yang aku selalu fikir setiap kali celik je mata aku dari bangun tidO..
dalam meniti usia yang semakin meningkat ini, aku jugak ada banyak pengalaman yang pahit dan manis seperti Org lain.. kepada kengkawan dan sanak saudara yang tahu akan kisah hidup ku.. mereka amat mengerti keperitan hidup aku selama aku berada di umOr 20an.. bila semakin dewasa, aku semakin kenal dengan ramai Org dengan bermacam pendapat dan ilmu yg aku perOlehi.. aku jadi semakin benci bilamana seseOrang itu ditimpa musibah atau masalah, Org itu pun berkata "kenapa dunia ni begitu kejam? kenapa Tuhan tak sayang aku?".. astarfirullahalazim.. Allah itu Maha Penyayang.. faham tak maksud Maha... kalau ibu kita atau kita sendiri adalah penyayang.. Allah lebih daripada itu penyayang nya..
kita mempunyai pilihan.. setiap apa keputusan yang kita ingin buat.. ada pilihannya.. mau pilih ke kanan.. maka itu yg kamu dapat.. mau pilih ke kiri.. maka itu yang kamu dapat.. sebab itu sebelum membuat pilihan, kita harus berfikir.. sebab itu Allah beri Otak utk kita berfikir.. malangnya.. aku juga pernah mengabaikan Otak yang Allah kurniakan kepada ku... tetapi Alhamdulillah, dengan dua tangan yang Allah kurniakan kepada ku, aku gunakan utk menadah kepadaNya setiap waktu.. dengan tubuh badan yang masih bOleh lagi utk bergerak, aku bersujud kepadaNya setiap masa.. terjawab satu persatu persOalan yg sentiasa terbuku di hati aku selama ini..
dulu aku tak faham maksud redha.. bila terjadi sesuatu kepada aku, aku banyak berdiam diri.. aku tak reti nak balas dendam walaupun ada jugak rakan² yg simpati kepada ku mencadangkan aku utk membalas dendam.. entah lah... yg aku fikir ketika itu.. biar lah.. Allah tu kan Maha Kaya Maha Besar.. siapa aku utk menghukum.. biar Allah je yang bagi petunjuk.. dan kemudian datanglah sOrang dua rakan kepada ku utk redha je atas apa yg terjadi.. sebab semuanya ada hikmah.. berdOa selalu kepadaNya.. insya Allah, Allah memudahkan segala urusan kita..
Alhamdulillah.. nikmat yang aku rasa sekarang yang Allah beri, tak bOleh aku gambarkan.. bukan kemewahan yang aku dapat.. aku tak pandang itu semua.. tapi yang aku cari² selama ini.. KEBAHAGIAAN yang aku dapat rasa sekarang amat berganda² nikmatnya daripada keperitan dulu.. Oh, aku tringat pesanan rakan aku.. bersabar itu manis kesudahannya.. memang benar sekali.. tak rugi pun bersabar..
walaupun ketaksempurnaan separuh hidupku.. merupakan kebahagiaan bagi ku.. yang penting, hidupku semakin dekat kepadaNya.. itu kebahagiaan yang paling tak dapat aku gambarkan..

Tuesday, November 10, 2009

Rev : Ujian Psikologi & Sejarahnya

assalammualaikum wbt...

ni sekadar revisiOn.. kalau nak ikut baca, alhamdulillah.. sama-samalah kita menambah ilmu ye...

INTRODUCTION

di bawah tajuk ujian psikologi & sejarahnya...

sebelOm2 nie.. kita tau sebut je ujian upsr lahhh pmr lahhh spm lahhh final exam lahhh.. tau apa benda ujian tuh??? tu la tau sebut je..

ujian kalau diikutkan adalah alat pengukur... ukur apa??? huhuhuhu.. ukur kebOlehan, keupayaan, kecenderungan, pOtensi dll.. malas nak sebut.. dari situ je kOrang leyh paham kan..

ujian jugak kalau kOrang nak tau, bOleh digunakan utk mengukur tingkah laku manusia atau dalam bahasa kelantannya, character... tapi character plak dibahagi kepada dua kategOri..

i) character yang bOleh diperhati secara langsung
cth: berjalan, mengaji, makan, minum, membaca, bercakap dll yg sewaktu dgnnya


ii) character yang terpendam dan tidak bOleh diperhati scr langsung
cth : pemikiran, perasaan, nilai, sikap dlman dan byk lagi.. malas nak tulih..

sO, utk mengukur character nieh, kena bahagi plak kepada 3 bahagian;

i) character yang telah berlaku
ii) character yang sedang berlaku
iii) character yang akan berlaku, yg ni lebih kurang macam ramalan lah..


PENTAKRIFAN UJIAN

kalau ikutkan apa yang di tafsirkan Oleh Robert J Gregory (1992), ujian mesti mempunyai 5 ciri2 berikut:

1. menggunakan tata cara piawai
amende piawai2 niehhh??? huhuhu.. Org yg sawan je tau amende piawai nieh.. sO, mcm mana kita nak tahu yg ujian tu bOleh dianggap sebagai piawai?? Ok, kalau si pengkaji yg nak wat ujian tu dengan cara dia nak tadbirkan ujian tu bersifat seragam.. haaaa bukan senang kan.. babtu Org yg nak wat ujian nie, kena la g sekOlah dulu belajar tinggi2.. sampai cucuh atap huhuhu.. Org ni kena la ada latihan dulu dengan berkemahiran tinggi utk mentadbir ujian.
kalau hasil ujian tu bagus, sO dia akan mempunyai manual Operasi... haaaaaa amenda lak tuuu.. huhuhu manual nieh dlm dia ada menerangkan dengan jelas bagaimana tata cara pentadbiran ujian tu dibuat, sistem pemarkahan, cara mentafsir markah, keputusan dari ujian tuh, senarai penyelidikan dan penggunaan ujian yg berkenaan dengan psikOmetrik ujian..

2. sampel tingkah laku
untuk pengetahuan kOrang, tak de sapa pun yg dpt digambarkan dirinya secara keseluruhan walaupun dah diuji dengan prOses ujian yg kOmprehensif dgn definasi lengkap kat apa yg ingin diukur. that's y, hanya sampel tingkah laku yg diminati utk diukur je yg mampu diukur.. dengan benda nieh, Org yg nak kaji tuh bOleh la wat inferen dOmain tingkah laku..
aku bagi cOntOh lah kayh.. cam nie, katakan seOrang pengkaji tu nak ukur kebOlehan perbendaharaan kata budak umOr 10 thn.. sO, dah tentu sampel yang pengkaji tu pakai, limited, tak banyak la kalau nak bandingkan perbendaharaan kata Oleh budak tu sendiri. nama pun sampel kan..
tapi, dari keputusan ujian yang di buat Oleh pengkaji tuh, dari situ je dia dah bOleh tau dan menganggar camne prestasi dan keupayaan budak tu dlm gagasan perbendaharaan kata-kata.

3. markah, skOr dan kategOri
Ok, skOr ni lah yg akan membuktikan seseOrang itu tergOlOng dlm kategOri apa. dlm byk keadaan setiap manusia, kita akan menunjukkan tret atau ciri yg terdapat dlm diri kita. ahli-ahli psikOmetrik memberi andaian bahawa dengan ujian, ia mampu mengukur perbezaan tret-tret atau ciri-ciri setiap individu.

cOntohnya.. Si A dapat 70 markah dlm matematik. Si B adalah seOrang kanak-kanak yang selalu membuat kesalahan dalam setiap tingkah lakunya. Si C merupakan kanak-kanak perempuan yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.

Dengan ujian, kit bOleh menganggar sebanyak mana tret dan ciri dapat ditunjukkan Oleh individu yg diukur. tapi, anggaran tak bleh salah.. musti tepat tak de ralat..

4. norma dan piawaian
katakan si pengkaji mengambil 2 subjek atau 2 Org utk di ukur, lepas dapat keputusan, sO dia mesti lah nak bandingkan dua Org nie kan.. sO si pengkaji nie kenalah sediakan satu nOrma. haaa apa benda lak tuuu.. hehe.. ringkasan keputusan ujian atau markah yg diperOlehi daripada kump besar dan mewakili kumpluan subjek yg diukur. kumpulan nOrma ni dinamakan sebagai sampel piawai mcm yg di bgtau tadi lah...

nOrma jugak melibatkan taburan kekerapan daripada markah paling rendah sekali sampai lah ke markah yg paling tinggi sekali.. sO, utk meramal tingkah laku yg belOm diukur lagi, berpandukan dengan nOrma tadi lah sebab ianya ada menunjukkan utk menentukan darjah sisihan markah yg diperOlehi dengan darjah jangkaan.. sure kOrang tak pasti amenda yg aku type nie kan.. aku pun dah start kOnpius sebenarnya huhuhu..

5. ramalan tingkah laku
dengan nOrma rujukan yg dibina tadi kan.. ia mampu utk memberikan maklumat lengkap tentang tingkah laku yg diukur. sO, dari sini dapat lah kita lihat mcmana sesuatu ujian tu mampu utk meramal tingkah laku yg belOm dibuat ujian lagi.. aik, dengan apa dia dapat ramal ye?? hehe dengan bukti kesahan ujian yang dah dikaji.


SEJARAH

kalau kOrang nak tau ujian psikOlOgi ni dah wujud sejak 100 lebih thn yg dahulu.. 100 thn dulu dOrang ukur apa sebenarnya.. huhu dOrang dulu lagi dah reti nak ukur sensOri, kemahiran mOtOr dan reaksi kpd masa..

Org yg pertama reka ujian tu namanya Francis GaltOn (1822-1911), dulu dia nak ukur sensOri dan kemahiran mOtOr.. bukan mOtOrkar atau mOtOrsikal atau mOtOrbOt.. jangan nak wat kelakar, subject aku tak de kena mengena ngan natam2 tuh.. huhu.. sensOri mOtOr larrhhh.. dlm diri kita nie ha.. kalu tak paham p lah gOOgle nun haaa...

kata si GaltOn ngan kawan seperjuangannya, James McKeen Cattle (1860-1944), psikOlOgi takkan dpt menghasilkan sstu yg tepat dn meyakinkan kalau tak de ujian ke eksperimen nieh.. betOl la apa depa cakap tu.. jangan harap dpt result yg tepat macam sains tulin kan.. sains sOsial apatah lagi.. manusia kan mcm2 ragam.. yer lahh.. O ye, dOrang ni asal US.. lupa nak bgtau huhuhu..


PSIKOLOGI EKSPERIMEN DAN UJIAN

yg ni masih dibawah tajuk sejarah jugak.. akhir thn 1800an, eksperimen ni jadi pOpular.. time nie Org dah diuji dlm makmal.. penyelidik pun dah guna tata cara Objektif sO that dia punya uji kaji dapt diuji berulang ulang kali.. peneraju2 metOd saintifik nie ialan Wilhelm Wundt (1832-1920), Galton dan Cattell tadi tu lah, Thorndike, Clark Wissler, Wordworth, Strong dan ramai lagi.. ayyyy budak2 psikOlOgi kalau tak tau nama2 ni aku tak tau lah.. mungkin kOrang salah kelas kOt huhuhuhu...

Org pertama yg menggunakan makmal leipzig ialah Wundt, German.. masa tu dia dOk sebOk wat ujian prOses mental.. Galton kata, sebenarnya ada banyak tret manusia yg bOleh diukur...

Cattell plak keja dia mengukur reaksi masa atau reactiOn time (RT), rangsangan penglihatan dan pendengaran.. dia ada bagi cadangan yang ujikaji thdp individu ni kena la wat secara sistematik.. sO Galton pun wat lah makmal psikOmetrik kat lOndOn.. Cattell pun mencipta kOnsep terimnOlOgi ujian mental dlm penulisannya mental tests and measurements.. dlm penulisannya tu, dia ada jelaskan 10 ujian mental utk kegunaan awam.

Wissler plak byk menyumbang dlm sejarah psikOlOgi dengan membuat ujikaji pengukuran mental kat budak2 universiti Columbia dan kOlej Barnard..


UJIAN UJIKAJI DI CHINA

uhuhuhu.. kalau ikutkan sejarah, di China lagi hebat.. Omputih dOk wat ujikaji awal abd ke 20.. Org cina lagi terer.. dOrang dah wat 2200 sebelum Masihi di China.. time tu, maharaja slalu bagi test kat pegawai2 bertugas 3 kali setahun, dia nak check Ok tak pegawai tu dlm keja dia, sesuwei tak kalO di sambOng lagi kOntraknya huhuhu... pastu, ujian tu diubahsuai beradab-abad lamanya sampaila wujud satu ujian bertulis pada era Dinasti Han sebelum abd 200 sebelum masihi sampai abd 200 selepas masihi.

apa yang dOrang ujiankan?? haa.. kalau nak tau, undang-undang sivil, perkhimatan ketenteraan, pertanian, hasil dalam negeri, geografi... huhuhu sib baik tak de ujian khb ke, ilmu hisab ke kan.. huhuhu kalau aku nak citer detail camne dOrg sit exam nie, kalau kena kat kita la sekarang nie, mampus ramai tak graduate kan huhuhuhu... susah wO....

ada jugak yg cakap, mcm si Kaplan dan Sacuizzo (1997), kemungkinan besar ujian2 yg barat buat tu kan sebenarnya terinspirasi dari ujian2 yg ada di China tu larhh..


PERKEMBANGAN AWAL UJIAN PSIKOLOGI

dari China ke barat cerita pasal ujian ni kan, Alfred Binet (1857-1911) pula memperkenalkan ujian kecerdasan di Eropah pd thn 1905, kemudian diimpOrt ke US Oleh Goddard. ujian Binet digunakan secara meluas di Paris pastu kOnsep kerencatan mental ni jadi famOus. Ada pulak ahli fizik di Perancis membezakan di antara kerencatan mental dengan penyakit mental.. tak sama ye dua benda nie..

Binet dengan kawannya Theodore kiranya nak wat keputusan yg lagi tepat sO dOrg wat ujian baru namanya ialah Skala Binet-Simon yg mengandungi 30 ujian yg digunakan utk mengukur sensOri cutterly, ukuran pertuturan abstraks yg kOmpleks...

1916, Lewis Terman dengan kawan2nya di University Stamford, US, repair balik ujian2 Binet nieh... sO jadila ia ujian kecerdasan yg terkenal dengan nama Stanford Binet Intelligence Test.. berkOnsepkan IQ;



IQ = Usia Mental (MA)
---------------------- x 100
Usia Diri (CA)

nisbah mental age dgn chrOnOlOgical age didarabkan dengan 100 utk menghilangkan angka pecahan...

1913, Pyle menggunakan grOup test kepada student sekOlah utk mengukur ingatan lOgik sampai lah kepada hubungan atau asOsiasi bebas. tapi perkembangan test nie, lembab.. byk kelemahan..

Robert M Yerkes, Goddard & Terman buat satu ujian utk tentera US. nama ujian tu, ARmy Alpha and Beta Examination. ia mengukur 8 aspek daripada arah lisan sampailah kepada infOrmasi.. masyarakat awam pun ada gak guna test nieh..

-Skala Wechlesr digunakan utk ujian thdp kanak2 di US.
-Ujian Scholasti Aptitude utk menguji bakat
-Graduate Record Examination & College Entrance Examination Board utk menyaring kemasukan pelajar atau calon ke kolen dan universiti di US.
-Woodworth's Personal Data Sheet utk ujian persOnaliti
dan byk lagi lahh.. tak tertulis..

sekarang ni, memang ujian atau dlm bahse tamilnya ialah test, kat mana2 pun kita jumpa.. haa aku ni ha jap lagi nak test lah kalau tak, jgn harap aku nak tulis pa pe kat blOg aku nieh...

meh la aku type skit ringkasan perkembangan ujian nieh ye.. mana la tau kOt2 ada budak yg sama amik cOurse macam aku nieh nak baca gak kan.. here gOes;

1000 sm - penggunaan ujian dlm sektor awam di cina

1850-1900 - penggunaan ujiandlm peperiksaan kakitangan sektor awam di us

1900 -1920 - pembentukan ujian keupayaan kognitif untuk kegunaan individu dan kumpulan serta perkembangan teori psikometrik.

1940 - 1960 - pembentukan ukuran minat vokasional, ukuran piawai psikopathologi

1960 - 1980 - perkembangan kepada teori respon item dan ujian neuropsikologi

1980 - sekarang - Penggunaan dan aplikasi komputer dalam ujian secara meluas


ETIKA DALAM UJIAN PSIKOLOGI





















Friday, May 29, 2009

REV : Perkembangan Psikososial Konsep ERIKSON

Siapa dia Erikson nieh?? tetiba je kan hehehe

EriksOn dilahirkan di Frankfurt, Jerman pada tahun 1902. Beliau nieh minat la nak jadi pelukis sejak dari kecik lagi. Time beliau bekerja sebagai pelukis kan Vienna, beliau selalu la terserempak ngan Sigmund Freud iaitu bapak psikOlOgi. sO dia pun ikut-ikutan la ngan si Freud nieh masOk dalam bidang psikOanalisa. Bila beliau dah terer sket, beliau try la nak ubah sket teOri2 si Freud nieh kepada teOri yang lebih kepada psikOsOsial..


Actually teOri dOrang nie lebih kurang je.. perbezaan ketara nampak sebab si Freud ni lebih kepada seksualiti.. tu dia.. si EriksOn nie plak lebih kepada pendekatan baru iaitu teOri perkembangan psikOsOsial manusia.


EriksOn ada tulis buku gak.. nama buku tuh ChildhOOd and Society.. ni buku keramat la kiranya sebab hasil cOmpilatiOn kajian EriksOn selama 15 tahun.. kesian kan.. dah 15 tahun kaji2.. baru kuar sebijik buku huhuhu.. Dalam buku tuh dia ada menegaskan bahawa perkembangan manusia bukan sahaja di peringkat kanak2.. tapi sepanjang hayat.. Ok dalam buku ni gak lah beliau ada terangkan gak tentang 8 peringkat perkembangan manusia sejak dari kecik sampai la kiOk..


TAHAP PERTAMA : Trust VS Mistrust... percaya lawan tak percaya.. nape? tak percaye?? akekeke

Menurut EriksOn, pada peringkat ini, bayi akan timbul suatu perasaan yang baru iaitu percaya atau tak percaya pada Orang sekelilingnya.. Darjah kepercayaan tu terpulang la macam mana family dia treat dia.. kalau tiap kali nangis terus mak dia datang dOdOikan dia dan sumbat terus bOtOl susu dalam mulut dia kan.. InsyaAllah bayi ni akan menaruh kepercayaan la pada Org2 sekeliling dia yang byk bagi kasih sayang kat dia..


Tetapi kalau bayi tu dapat layanan yang nan hadO kan.. lebeyh kurang je.. sO mungkin bayi tu jadi kurang kepercayaan dan keyakinan diri, dia akan jadi takut dan terancam dengan Org lain.. sO, kepada pembaca2 skalian, agak2 bOleh nilai la diri sendiri sekarang ada percaya ke tak percaya pada Org lain.. pilih ye pilih huhuhu


Tapi prOses ni bukan berhenti takat sini je.. katakan bayi tu bila dah besar masOk sekOlah menengah ke atau mana2 je lah.. katakan dia dapat banyak bantuan dari guru2 atau rakan2.. kepercayaan tu OtOmatik datang.. dari situ lah dia melatih diri dia utk mempercayai Org lain..

Dan sebaliknya bOleh berlaku juga pada bayi yang pada asalnya dapat membina rasa kepercayaan dalam dirinya kepada Org lain menjadi rasa tidak percaya pada Orang lain setelah berlaku insiden2 yang tertentu di dalam hidupnya. cOntOhnya perceraian kedua ibu bapa berlaku, maka pOtOng stim la rasa kepercayaan tuh... musti jadi tak percaya punya dah pas tu huhuhu

Tuesday, October 14, 2008

Obsess beraya!!~

kak N n her sOn isyraf.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang ke 14 kepada pembaca2 skalian.. kureng sket mOOd nak menulis nieh.. tapi tulis gak larrr...

skang aku bukan nak bercerita tentang hari raya.. tapi aku nak bercerita tentang budak2 melayu kita yang dah bekerja dan beraya..

selepas seminggu beraya, kita orang memulakan semula perniagaan seperti biasa.. tetapi ada benda yang membuatkan aku rasa marah sangat apabila 3 pekerja aku memberi kejutan kepada aku yang mereka berhenti secara tiba tanpa sebarang notis.. sO tinggal la beberapa kerat lagi yang ada kat dalam kedai aku.. yang sdihnya, salah seOrang daripada dOrang adalah leader yang telah aku lantik sendiri.. lagi dua.. dia punya kOncO2..

nampak cam kelam kabut gak la permulaannya.. custOmer ramai.. kakitangan tak cukup maaa.. yang menjadi isu disini ialah.. bukan setakat kedai aku je.. ada banyak lagi kedai2 lain yang menghadapi masalah yang sama.. pekerja ramai berhenti selepas raya.. atau ramai pekerja masih syOk beraya di kampung.. menyebabkan peniaga susah nak berniaga sebab tak cukup kaki tangan..

pesanan aku kepada budak2 melayu.. tak yah la Obsess sangat beraya.. n then.. kalu kOrang mintak kerja dan masOk kerja dengan cara yang baik.. biarlah keluar dengan cara yang baik.. jangan menyusahkan Orang lain.. ingat satu je.. hari ni kOrang susahkan Orang kan.. esOk2.. kOrang akan disusahkan Oleh Orang lain.. dunia ni kan bulat..

Saturday, September 27, 2008

yea yea pOsa & raya 2008

nikOn E8700
mOdel : sOfia alisya
tahun ni merupakan tahun kedua aku beraya bersama jantayu black pepper hOuse.. aku sentiasa mendOakan agar business aku sentiasa berkembang dan semakin maju..
well, nak kOngsi la skit tentang pengalaman pOsa pada tahun nie.. tak banyak yang aku nak share sebenarnya.. tapi ada lah infO sket2...
sebelum puasa aku mengharapkan agar aku dan staff2 aku dapat berbuka beramai2 dan berpuasa bersama2.. tapi ye lahh.. tu sumanya sekadar mimpi.. yelah.. maksud aku, ramai yang tak berpuasa.. apa la yang ada dalam paler Otak dOrang nie sebenarnya kan.. dahla macam tak kesah macam tak takut pun dengan Tuhan.. aku dah pernah sOund gak.. tapi ye lah nak wat cemana.. sumanya degil.. bukannya apa.. aku jugak mengharapkan segala bisnes yang aku jalankan tu mendapat berkat.. kalau dah ramai yang aku simpan kat tempat aku nie yang wat keja2 berdOsa nieh.. takut gak aku dibuatnya.. yang pOsa pun 3 Orang je.. yang memeningkan aku lagi tuh sebab dOrang nie sumanya jantan2 belaka..
tapi tak pe la tu antara dOrang ngan Tuhan gak la.. walaupun begitu, tanggungjawab aku untuk menegur dOrang la.. aku berdOa agar mereka cepat dapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt..
raya dah dekat.. tak sabarnya akuuuu.. tapi sedih la sebab ramadhan dah berakhir... aku teramat lah suka dengan bulan Ramadhan sebab bagi aku bulan ni unik lah.. antaranya ialah kalau kOrang perasan, bulan mana lagi kOrang nak jumpa Orang ramai makan serentak kan.. bagi aku.. bulan ni lah bulan yang paling indah sekali.. tersangat lah rugi apabila ada yang tak dapat menikmati bulan ni dengan sepenuhnya.. pasti ada kenangan2 yang indah di dalam bulan ramadhan nieh..

Tuesday, September 23, 2008

siapa beBAL sebenarnya nieh??????????

assalammualaikum.. udah lama benOr aku tak update blOg aku nieh..
yer laa aku nie teramat lah bz dengan keja dan kuliah aku sekali.. adOiiii.. kalO bleyh kerat dua badan nie.. satu g kat keja.. satu lagi g kuliah kan bagus kan hrmm.. tapi tak pe.. tu bukan masalah tuu.. tu cabaran namanya kan.. wOrkeh, sekarang aku bukan nak citer pasal keja aku.. tapi aku nak citer kat kOrang tentang satu incident yang aku sendiri alami dengan begitu lazat dan sedapnya.. ahahahaha..
21hb September 2008, aku berada kat kl nak attend kuliah aku kat ukm bangi.. balik dari kelas, aku terus g sOping ngan mak ngan adik aku kat midvalley.. yer la dah nak raya nie kan.. balik dari situ, terus g shah alam.. g pekena mee celup.. perrrhhh sedap gilerrr...
alkisahnya bermula di sini.. selesai je makan di shah alam, kita Orang pun nak balik umah kat sunway.. sO kena lalu kat subang la.. sampai je kat usj 20, rupa2nya ada rOad blOck Oleh pihak pdrm, jpj ngan rela.. aku tak de la panik.. aku Ok je sebab suma syarat2 dOrang aku dah tunaikan.. pakai tali pinggang.. rOad tax suma ada.. lesen suma tak luput lagi.. suma Ok lah..
dalam dOk Q tuh.. tiba2 sOrang daripada pegawai dOrang nieh.. aku tak pasti dia ni apa.. sebab dia pakai One suit kaler biru tua.. aku ingatkan encik pOlisi.. tapi bukan sebab dia punya batch tu lambang lain tau.. bukan lambang pOlis.. mungkin ketua rela ke apa ke aku pun tatau la.. sO dia ni bagi sign sOh aku benti kat tepi.. aku pun benti la kat tepi.. yesss, dia jpj lah huhu
pehtu, dia sOh aku turun.. tapi dia tak cakap la.. dia bagi sign dengan tOrch light dia.. aku pun time tu nervOus gak sebab aku tak pasti apa kesalahan aku sampai dia sOh benti kat tepi.. pastu dia ketuk2 tingkap keta aku.. pastu dengan nada yang kurang menyenangkan telinga aku nak dengar lah.. dia cakap cam ni kat aku..
"TARIK LA DULU HAND BRAKE TU.. TURUN!!!!!!"...
aikkkk.. aku pun heran.. apa masalah dia ni nak tengking2 lak ni.. kOt ye pun cakap la leklOk pakcik Oiiiii... haku pun turun la dari keta..
aku g kat pakcik aka pegawai tu.. dia sOh aku g kat depan keta.. dia pun cakap cam nie..
"ESOK TOLONG PASANG BAL KAT DEPAN NIE.."
huhhhhhhhh??????? BAL??? amenda tu.. aku tak paham tauuu.. dalam pale Otak aku time tuh.. Owhhh mungkin dah ada undang2 baru kerajaan tentang keta kOt.. perlu tampal BAL kat depan keta.. tapi amenda BAL tu.. aku pun imagine la BAL tu macam sticker merah yang glitter2 tuh..
sO dia ulang balik apa yang dia cakap.. sOh pasang BAL.. aku memang blur habis time tuh.. aku pun tanya la kat adik aku.. belum sempat aku nak tanya.. dia panggil aku balik..
"KO ORANG MANA?" sambil cekak pinggang ngan muka yang blagak..
aku pun jawab la.. "SAYA ORANG KUCHING"...
dengan slamber dia balas aku balik..
"JADI KO NI ORANG MALAYSIA KAN.. KO TAK PAHAM BAHASA MALAYSIA KE????.."...
hishhhhhhhhhhhhhhhh aku jadi bengang gila time tuh.. apa masalah Orang tua nieh.. dia tak leyh ke cakap elOk2 ngan aku.. perlu ke seOrang pegawai yang nak wat rOad blOck cakap cam tu kat Orang yang ada kesalahan.. ke memang tak de budi pekerti.. apa laaa... aku pun time tu wat muka tak puas hati la time tuh...
dia tak puas ati gak tu.. dia ulang balik..
"NIE HAAA KAT DEPAN NIE.. NAMPAK TAK.. LAMPU TAK NYALA.. PASANG BAL KAT DEPAN NIE HAAAA!!!!!!!"... dia naikkan suara dia.. sambil jari dia tunjuk2 kat lampu keta...
OWWWWWHHHHHHHHHHHHHHHH.. BARU LA AKU PAHAMMMMM.. BULB ke????? wakakakakakakakaka aku rasa nak guling2 kat situ gak...
aku pun dengan pantas jawab balik dengan nada yang marah2 gak.. sebab dia yang kurang ajar kat aku dulu kan.. aku pun jawab..
"OWHHHH.. BULBBBB... CAKAP LA BULB... BAL BAL MANA LA AKU NAK PAHAM!!!!!!"...
dia time tu pun cakap kat aku.. "HAAAA BULB.." cecece... pehtu terus blah g kat kawan dia..
elehhhhhhhhhhhhhh piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiraaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... TERMALU lah tuuuuu.. dia sendiri yang tak reti nak sebut.. pehtu nak salahkan Orang pulak..
memang lah aku ngaku kesalahan aku sebab tak perasan lampu keta dah tak nyala..
tapi dia yang nak tegur kita yang salah ni perlu ke nak tengking2 pehtu cakap lebih kurang je.. tak de budi bahasa betOl la pegawai tuh.. wat malu kerajaan je.. apa punya Orang laaa.. dah la bulan pOsa nieh.. sucikan hati tu pakcik Oiii.. jangan tau nak herdik maki hamun Orang je..
p/s- aku lagi sanggup ngadap pegawai yang miang keladi bila nampak driver pOmpuan daripada pegawai yang kurang ajar tak tau adab bila bercakap.. macam la aku wat kesalahan yang teruk sangat..
adiOs...

Wednesday, April 23, 2008

KURANG AJAR.. itu yang aku bOleh kata pun..


tOlOng perhatikan gambar nie betOl2.. budak pOmpuan baju merah ni.. budak pakai tudung kat sebelah dia.. dan Orang yang pakai baju bunga2 ni..


2 minggu lepas, aku ada kat kl.. attend kelas aku kat ukm.. sO, pengangkutan aku ada satu je utk ke kelas.. iaitu.. kOmuter.. dari zaman batu dulu lagi sampai la zaman millenium nieh aku dOk naik kOmuter.. tak de perubahan pOn.. cenggitu gak.. balik2 delay, balik2 black Out, balik2 slOw, balik2 sumbat seberapa umat manusia sebOleh2nya..

Ok, skang aku bukan nak bercerita tentang kelemahan kOmuter.. memang naik cemuih pun naik kOmuter.. tapi apa bOleh buat.. aku dah jual keta dah.. sO mana der transpOrt lain dah..

pada 13hb April 2008, aku balik dari kelas pukul 230 petang cam tu kOt.. aku pun naik lah kOmuter daripada stesen ukm.. memandangkan aku nak balik ke umah aku kat sunway, sO aku kena tuwun kat stesen setia jaya, maknanya aku kena la transit ke kl sentral.. time2 cenggini lahhh kOmuter akan dipenuhi Oleh bala2 kOta.. cehwah.. yerlah.. time2 cenggini gak ler Orang dah tak ingat bau peluh, tak ingat sakit berasak2, tak ingat takut kena raba, bOleh kata, semua tak ingat lahhh.. yang Orang ingat time nieh, JANJI AKU SAMPAI!!

bila aku sampai je kat kl sentral, sO aku kena tunggu tren yang nak menghala ke pelabuhan klang.. nak sampai ke setia jaya, aku kena redah 7 stesen je la.. tak de la jauh sangat.. dalam 15 minit bOleh sampai dahhh..

time aku sampai kat kl sentral tuh, kOmuter lak kena delay 20 minit.. mak Oiiiii.. Orang semakin bertambah.. terminal lak dah dibanjiri Oleh Org2 yang nak menghala ke pelabuhan klang.. arhhh tak pe arr berasak2 pun.. janji aku sampai.. yang aku ingat time tuh.. aku nak balik umah, bukak slipar, cuci kaki, bukak air cOnd kat bilik.. terus tidO.. fuhhh best nyer kalO dapat tidO terus time tuh.. huhuhu..

Ok.. ini isi yang aku betOl2 nak citer nieh.. masa aku tunggu tren ke pelabuhan klang.. Orang pun ramai giler time tuh.. dalam ramai2 tu.. tiba2 ada sOrang nenek cina nieh dah curi perhatian mata aku.. sian lak aku kat dia.. yer la.. dah tua sangat.. macam nenek aku je rupa dia tu ha... rambut kriting2.. pakai baju bunga2, tanah biru muda.. pakai sluar kaler itam.. bawak beg tangan kepit kat tiak.. gempal skit.. pakai cermin mata tebal.. muka kedut seribu.. pastu langkah kaki dia kecik2 je.. tertunduk2.. terbOngkOk2 nenek tu turun dari escalatOr..

dalam fikiran aku time tuh.. Owww musti ngan anak2 dia nie.. jenjalan ke kat kl.. tak pun ngan cucu dia ke.. tak pun ngan husband dia.. lama gak aku tengOk dia berdiri tengah2 crOwd.. tak de sapa pun yang pimpin tangan dia.. tak de sapa pun yang sembang2 ngan dia.. pehtu kebetulan dia jalan ke arah aku.. ye la aku ni berdiri kira2 kat tempat baik punyer laa.. kalO kOmuter sampai.. terus lOmpat masOk lam kOmuter... huhuhu.. tapi tak dapek dO nak lOmpek2.. Orang ramai gilerrr.. Ok, pehtu nenek tu berdiri sebelah aku je..

dalam pukul 430 cam tu.. kOmuter pun sampai.. Orang pun berasak2 masOk dalam kOmuter.. aku pun pegang belakang nenek tu sebab Orang dah mula tOlak2 Orang kat depan ke dalam kOmuter.. keadaan ni kelakar tauu.. kalau kOrang angkat kedua2 belah kaki kOrang.. kOrang bOleh masOk dalam kOmuter tanpa pijak lantai pOn.. sebab Orang belakang OtOmatik tOlak punya... haaa.. bagus sangat kan rakyat kita nieh.. nak naik kOmuter bukan reti beratur pun.. dia tOlak lagi ada.. aku lak risau takut2 nenek ni tersungkur kat atas lantai je.. aku pun pegang dia.. sampai la dia berdiri kat tepi kerusi penumpang.. tak dapek nak duduk.. suma Orang dah berebut2..

aikkkk????? pelik aku time tu tau.. tak de sape ke sudi nak kasi nenek ni duduk.. suma wat muka tOyO je.. buat2 tak tau je.. ada yang kenkOnOn kOnsentret baca sms larr.. ada yang kenkOnOn tidOr laaa.. ada yang kenkOnOn tengah pandang2 kat tingkap luar laa.. uihhhh dasyat... kejam tOl la muda mudi skang nie.. selfish.. tu yang buat dada aku berkOcak2 rasa cam nak mengamOk je.. Ok tak pe.. mungkin betOl kOt dOrang nie tak perasan.. tak pe.. kesian sangat kat nenek tu tak dapat tempat duduk.. aku pun tepuk bahu sOrang pOmpuan muda nieh, dia pun tOleh la kat aku.. aku cakap.. "bOleh tak tOlOng bagi aunty ni duduk??" pastu dia slamba je jawab kat aku "saya ada banyak barang kat kaki saya ni.. nanti jatuh2 barang2 saya nie".. pehtu terus dia tOleh ke lain.. hishhh.. aku pun cuit la bahu kawan dia.. haaa kawan dia ni pakai tudung.. aku ulang sOalan yang sama kat dia.. tapi tak de respOnd.. dia jeling ngan ekOr mata je.. memang keras hati la dOrang nie.. sOrang pun tak mO kasi tempat duduk kat aunty nieh.. yang aunty ni plak asik cakap kat aku.. "tak pe tak pe.. it's Ok.."

time aku sOh dOrang kasi tempat duduk tu.. suma Orang tOleh dOrang.. eee dOrang nie tak malu ke.. Ok.. kOmuter pun mula bergerak.. aku dah panas hati dah ni.. kurang asam tOl la.. sO, dek kerana geram sangat kat budak2 nieh.. aku pun dengan berbesar hati, snap la satu utk tatapan kita bersama.. hambekkk kawww.. kO tak nak kasi nenek tu duduk kan.. haaa glamer la kO dlm internet nanti hahahahhaa..



sO, aku tak mO kasi nenek tu tensiOn ngan peel bebudak skang.. aku saja ler bOrak2 ngan dia.. aku tanya dia.. "aunty turun kat mana nanti?".. pehtu aunty tu jawab.. dia turun kat klang.. mak Oiiiii.. berbelas2 stesen lagi tu aunty Oiii.. suddenly.. ada la hamba Allah ni yang pemurah.. tengah pangku anak.. jauh skit la jarak tempat duduk dia tuh.. tiba2 dia bersuara.. "aunty, u want a seat?".. pehtu aunty tu pun jawab.. sure sure.. hehe lega nya aku.. akhirnya ada jugak Orang yang prihatin.. pehtu baru la Orang kasi laluan kOnOn2 baru sedar akan kehadiran nenek nieh.. perhhh.. kurang ajar tOl la budak2 skang nie..

dalam nenek tu dOk diam kat kerusi dia.. dia lambai2 tangan dia kat aku pehtu senyum.. hehe aku pun senyum la balik..

mOral Of the stOry.. haaa ni yang aku nak jadi nabil gak nieh.. arrr lu pikir la sendiriiii.. assalammualaikum...