Followers

Pages

Tuesday, January 22, 2008

if i cOuld turn back time...


salina.. bestfriend haku~


assalammualaikum dan selamat sejahtera,

untuk merasmikan blOg ni, aku nak share beberapa kenangan lama aku yang untuk beberapa hari ni asyik berlegar2 di fikiran aku.. ye lah, mau tak nyer, bila aku dapat jejak kaki aku semula ke bangi, semuanya datang balik kat aku.. rasa nak cium2 je tanah kat bangi tuh.. itu pun aku balik ke bangi sebab nak sit exam kat ukm.

hi, aku emot.. atau nama dalam ic, huzaimah. Sebelum2 ni pernah ada blOg sendiri kat friendster ngan myrakan je lah.. baru nak try bukak kat blOgspOt.. tahun 2008 ni naik lah usia aku ke 28.. wahhh.. lagi 2 tahun 30 lah umur aku.. hrmm tak pe lah.. mana ada umur mengundur kan..

Ok, berbalik dengan cerita flash back aku tadi.. sebenarnya masOk thn ni dah 10 thn dah aku duduk semenanjung.. cuma sekarang aku dah start ulang alik kl-kuching-kl-kuching lah.. awal tahun 98 aku buat diplOma IT kat seremban.. 2 tahun setengah aku bermastautin kat seremban tuh.. aku pernah duduk kat taman bukit chedang, kat dusun nyiur di jalan muda linggi, kat ampangan, kat bukit ampangan.. rindu gak kat seremban sebenarnya.. aku pernah kerja kat twinspring kat jalan rasah..

penghujung 2001 aku sambung degree in english literature di upm, serdang.. aku duduk kat kOlej pendita zaaba.. masOk je semester ke 3, aku dah kena tendang dari hOstel pasal tak aktif dalam persatuan2 di hOstel.. sO aku ngan bestfriend aku, salina (Org padang besaQ - aku rindu gila kat ang inaaaa) ambik kata putus nak dOk kat sibertel, blakang ukm. sO, kira ulang alik la ke upm kaedahnya ahahaha.. tak de la jauh sangat.. 10 minit je kalau naik mOtOr.. naik keta 5 minit sampai dah.. itupun kalau tak jam lah.. saat tu lah aku mula berkampung di bangi..

dalam pada itu, kita Org pun gatal la nak buat part time jOb kat kfc warta di bangi.. balik kelas dalam pukul 4 macam tu.. kOl 6 petang dah masOk keja sampai lah ke pukul 11 malam.. ada la duit pOket sikit2.. tak dapek dOO nak mengharapkan sangat duit ptptn.. tup tap tup tap.. tanpa aku sedari.. aku dah bekerja ngan kfc dekat nak 2 tahun gak lah.. aku kan, kalau dalam hidup aku ni bOleh diputar balik.. aku nak balik ke zaman aku kerja kfc nieh.. aku rasa time nie lah hidup aku bermaknaaaaaa lah sangat2... aku dapat manage masa aku dengan baik.. aku dapat kepercayaan dari bOss2 aku.. dapat kepercayaan dari kawan2..

time tu gak lah aku suka lepak dengan kengkawan aku kat atas bukit permai sambil menunggu matahari terbit.. sambil2 tu kita Org pasang lagu dOnt knOw why by nOrah jOnes.. hati aku ketika tu memang tenanggggg lah sangat2... dengan keadaan yang senyap, cuma lagu nOrah jOnes je berkumandang, dengar bunyi burung berkicau-kicauan, aku dan kawan2 aku, termasuklah adik aku, mijOt (time tu dia tak kawin lagi) memang mengamati damainya pagi ketika matahari terbit.. tiap2 hujung minggu, inilah yang kita Orang buat.. hehehe.. best nya kalau aku dapat ulang balik.. kat kuching nie aku tak de gang nak buat macam tu pun..

di bangi, aku pernah duduk di atas mcD, masa tu hOstel kfc... di situlah jugak laptOp aku pernah hilang.. yang ni nanti aku bukak tOpic baru nanti lah aku citer detail skit.. pehtu aku pernah duduk di flat kat fasa satu.. dan aku pernah duduk di seksyen 7.. tempat makan kegemaran aku di bangi ialah penang char kuew teOw.. Owner dia si apit tu lah.. dah lama tak g kat situ.. even aku datang baru2 ni pun aku tak sempat nak pegi kat situ pasal siang2 ari dOrang tutup.. dulu, kalau balik keja je, aku ngan semua rakan2 sekerja aku lepak kat tempat apit nieh.. tiap2 malam.. murah dan sedap.. lagi sedap daripada char kuew teOw yang Orang kata hebat sangat kat shah alam tu kan.. aku rasa apit nyer char kuew teOw lagi sedap.. hahaha.. whateverlah.. masing2 punya lidah.. lain2 le rasanya ye tak..

sampai lah ketika aku dah habis di upm, sO pada tahun 2004, aku putuskan utk beli rumah di sunway, mentari cOurt belakang kurnia insurans.. dan dah terlaksa pun niat aku.. kenapa aku tak beli rumah di bangi sedangkan aku banyak menghabiskan masa aku di bangi? sebabnya adalah kerana bagi aku, walaupun aku suka duduk di bangi, walaupun di bangi a bit cozzy than Other places, tapi bangi masih jauh dari kl.. masih jauh dari tempat lain.. aku ni kalau hidup kat semenanjung, memang kena jadi driver bila sedara mara aku datang dari kuching. jadi pengukur jalan.. tambah plak aku memang dah bawak keta aku dari kuching ke semenanjung. masa tu lah.. sO, dOrang nie lebih suka ke kl.. kalau aku duduk kat sunway tuh.. nak ke damansara pun tak jauh sangat.. nak ke kl pun tak jauh sangat.. nak ke klang pun tak jauh sangat kalau nak bandingkan nak duduk di bangi.. walau macam mana pun, bangi tetap di hati aku...

sekarang aku dah mula bukak bisnes di kuching, share dengan abg aku skali lah.. kita Orang bukak fast fOOd restaurant.. jual black pepper burger dan ada lah menu2 lain lagi.. akan aku sharekan infOnya di tOpic yang lain.. dalam pada itu, aku pun wat degree yang lain plak ngan ukm.. tapi pjj lah.. sejak aku ikut kursus tOt kenegaraan, khidmat kOmuniti dan pembinaan karakter dengan jlkn, aku berminat plak ngan bidang psychOlOgy.. sO aku pOn amik bidang tuh.. baru2 ni aku sit exam di ukm.. dan OfcOurse lah di bangi kan.. apa lagi.. aku rOund2 lah satu bangi, nak tengOk tempat2 aku selalu lepak dulu.. tempat aku berjalan kaki nak ke tempat kerja.. tempat aku selalu parking keta dulu.. hehehe.. sedihnyerrr... aku tak sempat nak ambik gambar2 kat bangi tuh.. aku cuma sempat ambik gambar kat dalam ukm je.. hrmm tak pe lah.. nanti bulan 3 nak ke sana balik.. sO sampai jumpa lagi.. daaaaaaaa...

p/s- this tOpic is dedicated tO my belOved friends, salina, radhi, B, iwan dan adik aku sendiri, mijOt.. aku rindu kat kOrang semua.. =D

visit my phOtOstream at http://www.flickr.com/photos/emotsuxx


No comments: